Month: March 2016

Program GREAT 2016 di BCCK Kuching Sarawak Meriah!

Sebuah Program keusahawan yang terbesar di Sarawak diadakan di BCCK Kuching Sarawak. Program Gabungan Rakan Entrepreneur Aspirasi Terhebat (GREAT 2016) ini diadakan bertujuan memupuk semangat keusahawanan dikalangan warga Sarawak khususnya. Di Program GREAT 2016 didedahkan dengan pelbagai pasaran serta teknologi terkini dalam memasarkan produk kita untuk ke tahap yang lebih tinggi lagi. Yang menariknya program ini ialah disini berkumpul para usahawan hebat untuk membina “networking” baru. Jadi ini ialah salah satu peluang untuk menjalinkan persahabatan baru dalam bisnes. Program GREAT 2016 berlangsung selama dua hari pada 2 dan 3 April di Borneo Convention Centre...

Read More

Ikan Terubuk Masin Sarawak Popular

Sesuatu yang tidak asing lagi bagi pelancong yang datang ke Kuching Sarawak ialah “ikan terubuk masin” kerana keenakan rasanya yang lain daripada yang lain. Tak sah kalau datang ke sarawak tak bawa ikan terubuk masin balik pulang sebagai buah tangan. Jika suatu ketika dahulu ikan terubuk masin dengan mudah boleh diperolehi di Pasar Satok, namun kini semenjak Pasar Satok tiada, para pelancong boleh mendapatkan ia di Pasar Kubah Ria atau ke Kampung Boyan yang terletak di hadapan waterfront kuching Ikan terubok masin memang cukup sinonim dengan sarawak, biasa ia dijual dari harga serendah RM10 hingga ke RM30 untuk seekor. Namun harga telur ikan terubuk masin ini boleh mencecah sehingga RM100 kerana ia diibaratkan sebagai “Caviar” iaitu makan mewah yang mahal. Tapi serius sedap. Kalau jumpa dalam perut ikan terubuk masin masin ada telur kita “cukup bernasib baiklah” sebab biasa telur sudah dibawa keluar...

Read More

Karnival Online Networking Entrepreneurs (ONE) SSM Di City ONE Megamall Kuching Sarawak

Karnival yang dinanti-nantikan oleh orang ramai kini kembali lagi, kali ini dengan lebih padat dengan pelbagai aktiviti menarik untuk disertai oleh orang ramai berbanding tahun lepas… Jika tahun lepas kita ada Elfira Loy & Aliff Syukri… ==>Karnival Online Networking Entrepreneurs (ONE) SSM Di Plaza Merdeka Kuching Sarawak Tahun ini kita ada Fizo Omar, Pengasas Sugar Scarf dan Pengasas Aura Seri.. Serius terbaik dari ladang perkongsian dari mereka pada Karnival ONE SSM di City ONE baru-baru ini. Antara tips Fizo Omar untuk berjaya ialah kita kena bergaul dengan orang berjaya & jangan berkawan dengan orang yang suka menjatuhkan kita… Sebaiknya berkawan dengan orang yang suka lihat kita berjaya dan jauh lebih berjaya dari kita… Bak kata pepatah arab “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju...

Read More

Pak Somet Kopitiam Kuching Sarawak

Bagi yang sukakan suasana yang kondusif serta tidak terlalu sesak, saya cadangkan untuk cuba merasa makanan serta minuman di Pak Somet Kopitiam yang terletak di sekitar kuching Sarawak. Disini suasananya tenang dan sesuai bagi untuk anda berjumpa dengan rakan-rakan. Sekiranya untuk close deal bersama pelanggan anda juga boleh disini sebab suasana tidak terlalu bising seperti restoran lain. Disini juga mempunyai wifi percuma yang boleh digunakan cuma agak slow wifi disini mungkin kerana ramai online dalam satu masa....

Read More

Rumah Hijau Cafe Kuching Sarawak

Salah satu tempat yang seringkali menjadi pilihan untuk orang ramai menjamu selera ialah di Rumah Hijau Cafe yang terletak di kuching sarawak. Boleh dikatakan disini cukup popular dikalangan warga kuching kerana lokasinya yang strategik di bandar raya kuching. Ramai yang menjamu selera ketika bulan ramadhan, sekiranya anda hendak berbuka puasa disini dinasihatkan untuk awal “booking” kerana sekiranya terlambat pasti...

Read More
  • 1
  • 2
error: Content is protected !!