Kembali lagi kita dengan topik makanan kegemaran yang wajib anda cuba bila ke sarawak. Jika pos lepas kita memperkenalkan 7 makanan wajib kali ini kita juga akan memaparkan tambahan lagi 7 makanan wajib cuba jika bertandang ke sarawak.

Bubur Pedas

1. Bubur Pedas

Makanan ini unik dengan rasanya yang agak pedas tapi sedap. Bubur pedas ini jarang-jarang kita jumpa pada hari biasa. Biasa jumpa dijual pada bulan ramadhan dijual sebagai juadah berbuka puasa.

Umai

2. Umai

Ia boleh diibaratkan sebagai “sushi sarawak” kerana cara penyediaanya yang lebih kurang sama dengan sushi iaitu ia tidak perlu dimasak cuma diperam dengan cuka. Umai sedap dimakan begitu sahaja. Menceritakan ia sahaja membuatkan penulis terliur.

Buah Dabai

3. Dabai

Ia boleh dikatakan agak “rare” di Sarawak dimana nak jumpa dabai ini kena tunggu musim buah dabai baru ada. Tapi penyediaan buah dabai ini cukup unik dimana ada suka memerapkan buah dabai dengan cuka, ada suka memerapkan ia dengan kicap, ada suka masak dengan nasi goreng. Pendek cerita lain orang lain cita rasa menikmati keenakkan buah dabai ini.

Linut

4. Linut

Makanan orang melanau yang sukar dibuat. Orang sarawak panggil ia “Semandin”. Teksturnya serupa gam dan cara makannya ia dengan cap bersama kicap pedas atau belacan ikut selera anda.

Midin Belacan

5. Midin belacan

Ini boleh diibaratkan “signature dish” bagi rumah-rumah di Sarawak dimana rata-rata suka masak “Midin Belacan” ini sebab sayur ini mudah dijumpai dan mudah disediakan.

Ikan Terubok Masin

6. Ikan Terubok Masin

Permata asli sarawak dimana ikan terubok masin di sarawak menjadi igauan kepada pelancong yang datang ke sarawak. Jika balik tanpa bawa ikan terubok masin tu tak lengkap datang ke sarawak

Pais

7. Pais

Ramai yang tidak tahu pais merupakan makanan yang wajid dicuba bila datang ke sarawak. terdapat pelbagai jenis pais antaranya ialah pais ayam, pais ikan, pais telur dan sebagainya.