Dividen & Bonus Tabung Haji 2016

Dividen & Bonus Tabung Haji 2016 telah diumumkan… Tahun 2016 telah melabuhkan tirai & Tabung Haji telah mengumumkan dividen & bonus 2016 adalah 4.25 sen seunit dan bonus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji sebanyak 1.5 sen seunit untuk simpanan maksima RM9,980. Dividen dan bonus yang diagihkan selepas ditolak zakat tahunan.

Bermula pada Isnin, 6 Februari 2017 para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Bonus Pendeposit TH 2016 melalui kaunter TH atau ATM bank-bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic.

NOTA:* Hibah Haji – HIbah khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980).