Ikan Terubuk Masin Sarawak Popular

ikan-terubuk-masin-sarawak-popular

Sesuatu yang tidak asing lagi bagi pelancong yang datang ke Kuching Sarawak ialah “ikan terubuk masin” kerana keenakan rasanya yang lain daripada yang lain. Tak sah kalau datang ke sarawak tak bawa ikan terubuk masin balik pulang sebagai buah tangan.

Jika suatu ketika dahulu ikan terubuk masin dengan mudah boleh diperolehi di Pasar Satok, namun kini semenjak Pasar Satok tiada, para pelancong boleh mendapatkan ia di Pasar Kubah Ria atau ke Kampung Boyan yang terletak di hadapan waterfront kuching

Ikan terubok masin memang cukup sinonim dengan sarawak, biasa ia dijual dari harga serendah RM10 hingga ke RM30 untuk seekor. Namun harga telur ikan terubuk masin ini boleh mencecah sehingga RM100 kerana ia diibaratkan sebagai “Caviar” iaitu makan mewah yang mahal. Tapi serius sedap.

Kalau jumpa dalam perut ikan terubuk masin masin ada telur kita “cukup bernasib baiklah” sebab biasa telur sudah dibawa keluar 😀