karnival-online-networking-entrepreneurs-one-ssm-di-city-one-megamall

Karnival yang dinanti-nantikan oleh orang ramai kini kembali lagi, kali ini dengan lebih padat dengan pelbagai aktiviti menarik untuk disertai oleh orang ramai berbanding tahun lepas…

Jika tahun lepas kita ada Elfira Loy & Aliff Syukri… ==>Karnival Online Networking Entrepreneurs (ONE) SSM Di Plaza Merdeka Kuching Sarawak

Tahun ini kita ada Fizo Omar, Pengasas Sugar Scarf dan Pengasas Aura Seri.. Serius terbaik dari ladang perkongsian dari mereka pada Karnival ONE SSM di City ONE baru-baru ini.

Antara tips Fizo Omar untuk berjaya ialah kita kena bergaul dengan orang berjaya & jangan berkawan dengan orang yang suka menjatuhkan kita… Sebaiknya berkawan dengan orang yang suka lihat kita berjaya dan jauh lebih berjaya dari kita…

Bak kata pepatah arab “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”