Sarawak julung kalinya telah mengadakan satu karnival terbesar khas buat peniaga yang menggunakan medium online. Pada karnival ini seluruh usahawan telah dikumpul khas untuk mengadakan jualan besar-besaran dengan diskaun sehingga 50%.

Karnival Online Networking Entrepreneurs (ONE) telah diadakan di Plaza Merdeka Kuching Sarawak pada 13 November 2015 sehingga 15 November 2015 iaitu selama 3 hari berturut-turut. Sambutan sungguh mengalakkan sehingga ramai yang beratur seawal 8 pagi untuk mendaftar.

karnival-online-networking-entrepreneurs-one-ssm-di-plaza-merdeka-kuching-sarawak

Pada karnival ini antara selebriti yang dijemput ialah Elfira Loy & Aliff Syukri Dherbs terlajak laris atau lebih dikenali sebagai abang terlajak laris.

Antara intipati diceritakan oleh Elfira Loy ialah bagaimana beliau menjana 1 juta pertama beliau daripada kosong modal. Sementara itu Aliff Syukri pula menceritakan bagaimana beliau bermula dari kosong sehingga bergelar jutawan dengan jualan mencecah RM150 juta setahun!