Pengalaman membeli belah di Lazada Malaysia sebenarnya sudah banyak kali… Cuma agak “rare” kali ini sebab kali pertama beli Pampers di Lazada… Biasa beli barangan elektronik dan permainan…

 

Sebagai seorang yang berada di Kuching Sarawak, harga pos memainkan peranan yang penting untuk saya. Umum tahu harga pos penghantaran di Lazada di Sarawak agak mahal daripada kos penghantaran produk di semenanjung malaysia.

Tapi apa yang awesome kali ni ialah kos penghantaran untuk pembelian Pampers Drypers ini murah sedikit dari harga di pasaran. RM5 murah dari harga pasaran untuk 1 pampers. Kalau 3 sudah jimat RM15 kan… Jadilah pengguna yang bijak haha…