Sejarah Bandar Sibu Sarawak

Sejarah Bandar Sibu Sarawak sangat unik sekali. Penduduk di bandar sibu rata-rata berbangsa Cina Foo Chow, Melayu, Melanau & Iban dari Batang Rajang.

Bandar Sibu mendapat nama daripada sejenis buah rambutan iaitu buah “Sibau” dalam bahasa Iban.

Kerana rata-rata sebab penduduk bandar tersebut yang sukar untuk menyebut perkataan Sibau dengan baik, maka akhirnya perkataan Sibau bertukar menjadi Sibu.

Sibu lebih mudah diingati dan disebut. Kekal nama Sibu sehingga sekarang.