Sarawak merupakan negeri kedua selepas negeri Sabah melarang bekas perogol bersiri Selva Kumar Subbiah memasuki negeri.

Pengarah Jabatan Imigresen Sarawak, Ken Leben, berkata larangan terhadap Selva Kumar berkuat kuasa serta merta. Larangan tersebut dilaksanakan selepas pihaknya menerima arahan daripada kerajaan Sarawak.

“Saya sahkan Jabatan Imigresen Sarawak sudah mengeluarkan arahan larangan Selva Kumar untuk masuk ke negeri ini.

“Jabatan Imigresen Sarawak akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri dalam masa terdekat, ” katanya ketika dihubungi hari ini.

Selva Kumar telah menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, Kanada atas 30 pertuduhan jenayah terhadap wanita tiba di Malaysia pada 7 Februari 2017.