Sejarah Kampung Nombor Kuching Yang Ramai Tidak Tahu

Kampung nombor yang ramai orang tidak tahu ialah pada pemerintahan dahulu orang putih sebut nama nama kampung tersebut jadi orang putih terus menamakan menjadi Kampung nombor bagi memudahkan kerja mereka untuk mengingat nama kampung dan Susah bagi mereka untuk menyebut.

Kampung nombor boleh diibaratkan sebagai kampung baru di Kuala Lumpur.  terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuching Kampung nombor sering menjadi destinasi para pelancong yang ingin melihat sendiri keunikan seni bina yang terdapat di kampung.

Jika anda berjalan-jalan petang di kampung nombor anda dapat saksikan orang putih berbasikal di kampung nombor untuk melihat sendiri dengan lebih dekat budaya serta seni bina dan penduduk setempat.

Penduduk kampung nombor juga dikenali sebagai penduduk yang peramah dan mereka Seringkali mudah untuk didekati dan senang untuk diajak berbual apabila anda hendak bertanyakan sesuatu.

Keunikan seni bina rumah yang tersegam indah yang terdapat di kampung Nombor telah menjadikan ia satu keunikan yang tidak terdapat di tempat lain.  ini sekaligus menjadikan ianya satu tempat yang wajib dikunjungi apabila anda bercuti ke kuching.